Professional Photographer and Multimedia Production

By: NEUR Maya Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Jun-2009 06:16 Email | Share | Bookmark
TV3 MHI - Session 4: Portrait Photography




Salamz,

Terima kasih pada pihak MHI dan Makeupbiz kerana sama-sama menjayakan rancangan ini pada pagi tadi. Pejam celik kali ini dah sessi ke 4. Insyaallah version youtube akan diupload pada awal bulan depan bila cukup sessi ke - 5.

Alhamdullilah live shoot portraiture berjaya dijalankan dengan lancanr, tak hujan dan sebagainya. Ada komen yang kami terima screen yang menayangkan gambar yang diambil (tethered screen) tidak begitu jelas. Terima kasih for the komen kerana semangnya kami perlu membawa shade yang dapat menahan daripada sinaran cahaya matahari.

Dalam masa lebih kurang 15 minit sememangnya saya tidak dapat menceritakan semua elemen yang diperlulan tentang portraiture dan cara-cara menghasilkan gambar portrait yang menarik.

Secara ringkasnya saya boleh katakan tentang portraiture ialah:

1. Ia sesuatu yang subjektif. Seorang jurugambar perlu menilai fotograf yang diambil oleh expert atau portrait yang menjadi legend. Sering bertanyakan pada diri sendiri dan jika anda mentor, berbincang tentang sesebuah fotograf itu. Apa yang dinilai pada sebuah fotograf.

2. Terdapat pelbagai jenis portrait. Portrait bayi, kids, remaja, orang sedang bekerja, photojournalism portrait, CEO portrait, fashion/commercial, portrait, konvokesyen, wedding, senior dan sebagainya. Walau apa jenis portrait.. jurugambar perlu capture spirit subject tersebut. Mood, emotion, trauma etc.. feel subject itu.

3. Boleh dikatakan jika disebut portrait, kita sering bayangkan shot dari pinggang/dada ke atas. Oleh yang demikian, lensa 50mm adalah penting. Disamping bokeh yang cantik, 50mm memberi special feel. Selain dari itu, lensa 85mm dan 70-200mm memberikan impact tersendiri. Seorang jurugambar harus tahu membeza kesan yang diberikan oleh focal lenght terhadat kawalan perpektif dan tahu yang mana satu untuk digunakan untuk head shot dsbnya.

4. Praktikkan elemen composition dalam portraiture anda.

5. Dapatkan viewpoint yang lain(high angle & low angle), avoid distraction, isolate the image untuk mendapat portrait yang clean.

6. Mahirkan aspect lighting. Belajar memanipulasikan natural light dahulu. Then, jika ada kesempatan, belajar tentang studio light dan peralatan lighting yang lain. Lighting creates mood dan yang membezakan (selalunya) pro dan tak pro ialah kemahiran tentang lighting .. hehe.. Banyak otai buat kelas lighting.. sila belajar mereka.

7. Secara amnya, seorang portrait fotographer perlu pada berkomunikasi yang baik atau pandai bawa diri. Walaupun anda mungkin tak pandai bercakai dengan subject/model, tetapi pembawakan diri anda disenangi dan subject tidak menghiraukan kehadiran anda. Atau menganggap anda sebahagian dari pada mereka. Jika anda mengikut pro, cara bawa diri ini 'masuk' ke dalam diri anda secara tak lansung. Cara bercakap, penampilan diri etc.


Dibawah ini ialah live antara gambar semasa live demo..




Cukup buat masa ini.. sangat byk untuk diperkatakan tentang portrait fotografi.

Azam Neurmaya - Principal Photographer
Dean Sham - Principal Videographer
NEUR Maya Photography
[JM 0450685-M]
Shah Alam & Johor Bahru
Contact: +6012-3130186 or +6017-3043907
NEUR Maya Official Website


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net