Professional Photographer and Multimedia Production

By: NEUR Maya Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-May-2009 02:16 Email | Share | Bookmark
MHI Session 2: Bagaimana Memilih Digital SLR






Penat.. penat.. memang penat untuk prepare tajuk ini. Saya gariskan 6 panduan asas berdasarkan pengalaman saya untuk rancangan di pagi ini, kalau tak silap hanya 3 dapat disentuh dengan jelas iaitu kualiti imej, ergonomik dan camera control.

Sempat saya sentuh tentang zaman filem iaitu; dahulu, selain dari mendapatkan lens yang berkualiti, photographer akan berusaha mendapatkan filem yang terbaik dari segi warna, sharpness etc.. tetapi scenario pada zaman sekarang, untuk mendapatkan imej yang baik, kita harus beli kamera baru(pesan saya.. jika benar-benar perlu sahaja). Tidak ada perb incangan lagi berkenaan 'saya suka fuji filem' atau 'saya suka kodak'. . zaman beredar begitu pantas dan investment seorang jurugambar menjadi semakin bertambah. Oleh yang demikian, tajuk ini penting untuk dirungkaikan.

Tentang megapiksel.. jika anda tidak besarkan gambar seperti poster size, ada tidak perlu set kepada 'L' atau large format kerana anda hanya akan memakan ruang storan komputer. saya tidak boleh mengatakan bahwa jangan beli kamera yang mempunyai megapiksel yang tinggi kerana kebanyakkan pengguna tidak ada pilihan. Persaingan diantara manufacturer menyebabkan pengguna mendapat better kamera dengan harga yang lebih murah. Lihat dari aspek yang positive. Oleh yang demikian, saya tidak masukkan megapiksel dalam 6 faktor penting di atas.

Selain dari 6 faktor diatas, terdapat juga ciri2 lain yang boleh dilihat seperti keupayaan ISO yang tinggi, HD video capability, liveview dan sebagainya. Seperti yang saya katakan di rancangan ini, features memang banyak, tetapi tidak semua features ini digunakan. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing dan subjek yang diminati.

Adalah salah jika kita bertanyakan brand camera yang terbaik.. walaupun tools itu membantu, tetapi ia bukan perkara yang utama. Yang lebih penting ialah imej yang ada dalam minda kita.. dengan nama lain, vision & mission kita as a photographer... we capture something that interest us.. some surreal in the real world..

Topic ini juga revise dari posting yang saya pernah keluarkan sebelum ini.

Gambar MHI tribute by Hakmal. Tp dah edit..

Azam Neurmaya - Principal Photographer
Dean Sham - Principal Videographer
NEUR Maya Photography
[JM 0450685-M]
Shah Alam & Johor Bahru
Contact: +6012-3130186 or +6017-3043907
NEUR Maya Official Website


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net